.:SERULING CINA
PENGENALAN
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara
Cina. Ia dinamakan sebagai "Zhudi", disebabkan ia diperbuat daripada
sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama
digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh
akan menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik
orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia
pada zaman sebelum merdeka.
SEJARAH
Seruling diperkenalkan sejak 7 ribu tahun iaitu bersamaan dengan
kira-kira 4500 tahun Cina yang lalu. Pada zaman purba ia diperbuat
daripada menggunakan tulang dan selepas itu ia diubahsuaikan kepada
buluh sehingga ke hari ini.
Pada zaman Maharaja Hanwu hujung abad pertama sebelum Masihi, seruling
ini dinamakan sebagai "Hengchui", dan mendapat kedudukan yang amat
penting dalam alat-alat muzik tiupan.
- Abad ke-7 ~ Teknik permainannya mula berkembang maju dan boleh meniup muzik yang berkualiti tinggi.
- Abad ke-10 ~ Seruling menjadi instrument penting dalam okestra opera di kalangan rakyat dan opera etnik minoriti.
Seruling kaya dengan corak permainannya. Selain itu, ia dapat memainkan
irama yang panjang, tinggi dan lapang serta memainkan muzik tarian yang
riang gembira dan irama yang merdu. Bunyi yang dihasilkan juga dapat
meniru suara burung.
PERBEZAAN
Jenis permainan seruling dibahagikan kepada 2, iaitu di selatan dan utara negara China
Langgam permainan seruling di selatan negara Cina adalah lebin terang dan indah. Seruling utama yang biasa dimainkan adalah "Qudi". Badan serulingnya agak panjang dan kasar dan bunyi yang dihasilkan adalah lebih tebal dan lembut.Terutama yang dipopularkan di kawasan selatan Sungai Yangtze.
- Langgam pemainan seruling di utara negara Cina adalah lebih tegap. Seruling utama yang digunakan adalah "Bangdi". Badan seruling agak pendek dan halus dan akan menghasilkan bunyi yang lantang dan jelas.
No comments:
Post a Comment