Monday, 14 May 2012

.:TABLA

Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat  terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.
.
.
.

Tabla ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik tradisional india yang dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan, persembahan,barathanatyan, perkahwinan dan sebagainya.


Cara bermain adalah dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan  jari-jari dan tapak tangan. Bermain Tabla secara konsisten dapat membantu melapangkan minda, memberi ketenangan pada jiwa serta menguatkan otot tangan.
Selain itu,badan juga akan berasa cergas setelah selesai latihan bermain Tabla.

Alat ni nampak mcm senang nak main tapi kalo silap main bley rosak iramanya....huhuhuhu...anyway everybody must try to enjoy it..kalo rse nk lepaskan stress bekerja tu bley la gendang kuat-kuat...heee...

No comments:

Post a Comment