ALAT-ALAT GAMELAN TRADISIONAL DI MALAYSIA
1)BONANG
Bonang
merupakan alat terpenting dalam perhimpunan menvariasikan melodi pokok
atau satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai permulaan lagu
khususnya untuk penghias lagu.
2)GAMBANG
Gambang
biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja.Pemain tersebut
memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk
kerbau.
3)KENONG
Kenong
adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di selatan Asia Timur.
Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada
bunyi yang dihasilkan oleh gong.
4)SARON
i)Saron Demong
Saron
demong berperanan sebagai alat membawa melodi pokok dan melodi cincang
sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang
terendah dalam keluarga saron.
ii)Saron Penerus
Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih
kecil daripada saron demo dan mampu menghasilkan suara yang lebih
nyaring daripada saron demong.
Iii)Saron Pekin
Teknik perdan yang diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya
mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan
suara lantang dan nyaring.
5)GONG
Gong
adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan.Gong
berperanan sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.Gong
terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza
setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.
6)GENDANG
Gendang
adalah alat penting dalam memimpin rentak yang rendah atau tinggi.Gong
dianggap alat yang paling sukar untuk dimainkan dan memerlukan kemahiran
yang tinggi didalam permainan kerana tidak mudah untuk diberi notasi.
No comments:
Post a Comment